Kelas Microsoft Office – Powerpoint dan Advokasi

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint dan advokasi kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar dan mendidik mereka dengan keselamatan penggunaan internet. Pelajar yang hadir diminta untuk membuka Powerpoint di skrin komputer masing-masing. Mereka dilatih untuk menggunakan ciri-ciri yang terdapat dalam Powerpoint untuk membuat persembahan slide lebih menarik. Mereka digalakkan untuk menggunakan alatan yang berbeza dalam Microsoft Office Powerpoint supaya dapat mempertingkatkan kemahiran penggunaan Powerpoint dalam pembelajaran.

Selain itu, pelajar juga telah diterangkan mengenai advokasi iaitu panggilan palsu. Mereka telah diterangkan mengenai maksud panggilan palsu, cara mencegah diri daripada menjadi mangsa dan talian yang berkaitan sekiranya ingin membuat aduan tentang panggilan palsu. Mereka juga telah didedahkan dengan e-sisa iaitu dengan mengenalpasti peranti elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa serta diajar cara untuk mengenalpasti peralatan eletonik yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan alatan tersebut selamat digunakan untuk jangkamasa yang panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali