Kelas Microsoft Office – Powerpoint dan Advokasi

13 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 April 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint dan advokasi kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan melatih peserta menggunakan Microsoft Powerpoint dan mendidik mereka dengan keselamatan penggunaan internet. Pelajar yang hadir diminta untuk membuka Powerpoint di skrin komputer masing-masing. Mereka dilatih untuk menggunakan ciri-ciri yang terdapat dalam Powerpoint untuk membuat persembahan slide lebih menarik.

Selain itu, pelajar juga telah diterangkan mengenai advokasi iaitu panggilan palsu. Mereka telah diterangkan mengenai maksud panggilan palsu dan cara mencegah diri daripada menjadi mangsa panggilan palsu. Mereka juga telah didedahkan dengan e-sisa iaitu dengan mengenalpasti peranti elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa serta diajar cara untuk mengenalpasti peralatan eletonik yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan alatan tersebut selamat digunakan untuk jangkamasa yang panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali