Kelas Multimedia - Video

14 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan laman web bagi membuat video dan melatih pelajar membuat video berdasarkan kreativiti masing-masing. Kelas video ini menggunakan laman web yang dikenali sebagai Powtoon yang dapat membuat video berbentuk animasi supaya video yang terhasil kelihatan professional dalam beberapa minit. Powtoon mempunyai tutorial bagi yang baru menggunakan aplikasi ini buat kali pertama. Tambahan pula, Powtoon juga mempunyai beberapa kategori persembahan bergantung kepada apa yang hendak disampaikan oleh pengguna Powtoon kepada penonton.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali