Kelas Multimedia - Video & Digital Literacy – Check Your Label, E-sisa dan Klik Dengan Bijak

2 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2019 yang lalu, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu video dan advokasi kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai laman web Powtoon yang digunakan untuk membuat video secara asas dan mendidik pelajar mengenai keselamatan penggunaan internet. Kelas video ini menggunakan laman web yang dikenali sebagai Powtoon yang dapat membuat persembahan pembentangan berbentuk animasi. Pelajar diterangkan mengenai kepelbagaian fungsi alatan yang terdapat dalam Powtoon untuk memudahkan mereka mencipta jalan cerita yang dikehendaki.

Selain itu, para peserta telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Dalam segmen e-waste (e-sisa) pula, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada e-sisa yang tidak berhemah. Mereka turut diberitahu cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul. Peserta turut dididik dengan tayangan video mengenai online grooming untuk memberi kesedaran kepada mereka agar menggunakan gajet secara berhemah dengan pengawasan daripada ibubapa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali