Kelas Softskill – Interview skill & Advokasi
22 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Softskill – Interview skill & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar dengan kemahiran temuduga dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan gajet. Dalam kelas ini, pelajar digalakkan untuk memperkemas resume yang telah dibuat agar memudahkan majikan untuk membuat semakan butiran diri pemohon.
Selain itu, pelajar juga diterangkan mengenai advokasi dimana mereka diajar cara untuk memeriksa kesahihan peralatan telekomunikasi yang selamat digunakan bagi jangka masa yang panjang. Pelajar turut didedahkan dengan pengetahuan mengenai e-sisa dan dididik dengan tindakan yang harus diambil sekiranya mendapat penggilan palsu daripada nombor yang tidak dikenali.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: