Kelas Microsoft Office – Words, Softskill – Interview skill & Advokasi

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2019 iaitu pada sebelah pagi, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office – Words, Softskill – Interview skill & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Words, mendedahkan mereka dengan kemahiran temuduga dan mendidik mereka mengenai keselamatan internet. Dalam kelas ini, pelajar diberi penerangan mengenai Topik 2 iaitu cara menyunting teks/dokumen dan memilih teks dalam dokumen yang telah siap ditaip. Mereka turut menyimpan dokumen dalam folder yang ditetapkan untuk memudahkan mereka menyemak kembali dokumen tersebut pada masa hadapan.

Pelajar juga didedahkan dan diajar cara untuk membuat resume bagi memohon pekerjaan selepas tamat persekolahan. Mereka dibimbing cara untuk membuat resume yang ringkas dan padat untuk memudahkan majikan membaca profil diri mereka. Selain itu, pelajar juga diterangkan mengenai advokasi dimana mereka diajar cara untuk memeriksa kesahihan peralatan telekomunikasi yang selamat digunakan bagi jangka masa yang panjang. Mereka turut dididik dengan tindakan yang harus diambil sekiranya mendapat penggilan palsu daripada nombor yang tidak dikenali.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali