Kelas E-learning - eKelas dan Digital Literacy – Check Your Label,E-waste & Klik Dengan Bijak

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2019 yang lalu, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas E-learning iaitu eKelas dan Digital Literacy kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan penyertaan pelajar dalam portal eKelas dan mendidik mereka dengan advokasi. Peserta yang hadir telah melayari portal eKelas untuk mempelajari ciri-ciri baharu yang terdapat dalam portal berkenaan. Mereka turut digalakkan untuk berkomunikasi dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan yang terdapat dalam portal.

Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka diajar cara untuk mengenalpasti peralatan elektronik khususnya telefon pintar yang mempunyai label MCMC atau tidak. Selain itu, peserta juga telah diterangkan mengenai peralatan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa serta menggalakkan mereka untuk menghantar e-sisa ke Pusat Internet Melugu supaya dapat dilupuskan dengan cara yang betul.

Tambahan pula, peserta juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Program KDB dapat mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta untuk menggalakkan masyarakat berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali