Kelas E-learning – Maxis eKelas dan Digital Literacy – Check your label, E-waste & Klik Dengan Bijak
4 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2019 (Ahad) yang lalu, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu Maxis eKelas dan Digital Literacy kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan penyertaan pelajar menggunakan portal eKelas secara berterusan. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang keselamatan penggunaan internet.
Pelajar yang telah mendaftar diminta untuk meneliti bahagian-bahagian yang terdapat dalam portal seperti laman utama, ekelas, nota padat, ecikgu, komuniti, perbincangan, blog, pencapaian, bantuan dan maklumbalas. Setiap bahagian tersebut mengandungi ciri-ciri yang berbeza mengikut keperluan pelajar. Pelajar turut digalakkan untuk menaikkan mata ganjaran mereka dengan meneliti dan menyelesaikan kuiz yang terdapat dalam sesebuah subjek dalam portal.
Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka diajar cara untuk mengenalpasti peralatan elektronik khususnya telefon pintar yang mempunyai label MCMC atau tidak. Selain itu, peserta juga telah diterangkan mengenai peralatan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa. Pelajar yang hadir turut diminta untuk mengenal pasti maklumat yang dapat dikongsi atau tidak boleh dikongsi dengan pengguna di media sosial supaya mereka dapat menjadi pengguna yang berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: