Program Ceramah dan Bengkel Intervensi Jenayah Seksual Kanak-kanak

18 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober (Khamis) yang lalu, Pengurus Pusat Internet Melugu telah dijemput oleh SK St Luke sebagai penceramah bagi Program Ceramah dan Bengkel Intervensi Jenayah Seksual Kanak-kanak Bagi Kandungan Atas Talian sempena Program Pasca-UPSR 2019. Program tersebut berlangsung di SK St. Luke dari jam 0800 pagi hingga 1200 tengahari dengan kehadiran seramai kira-kira 78 orang murid tahun 6.

Program ini dimulai dengan sesi ceramah dari Pengurus PI Kg Hilir Sri Aman iaitu Online Grooming, Sexting dan diikuti dengan tayangan video beserta sesi soal jawab. Selepas itu, Pengurus PI Melugu mengadakan taklimat ringkas mengenai pedofilia dan diteruskan dengan bengkel yang berkaitan jenayah seksual kanak-kanak seperti aktiviti action kamen, sensitiviti tubuh badan dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali