Program Ceramah Advokasi Bersama Ketua Kampung & Penduduk Kampung Melugu
23 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan program ceramah advokasi bersama ketua kampung dan penduduk Kampung Melugu di bawah pimpinan ketua kampung yang terpilih untuk menyertai program pada tarikh ini. Program ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta dengan advokasi dan memperkenalkan kelas/program yang diadakan di PI Melugu.
Para peserta telah didedahkan dengan isu-isu semasa berkaitan dengan teknologi dan komunikasi pada masa kini seperti Check your label, e-waste dan Klik dengan bijak. Mereka diingatkan untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online) untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sindiket dalam talian. Mereka turut diajar cara untuk memeriksa kesahihan sesebuah peranti elektronik melalui segmen Check Your Label. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan maklumat mengenai mobile e-waste iaitu cara untuk mengenalpasti peralatan eletronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste).
Program ini turut memperkenal dan memperjelas tentang e-Kelas iaitu inisiatif pembelajaran secara digital selepas waktu persekolahan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar kepada ketua kampung dan para ibubapa yang hadir. Tambahan pula, peserta terutama kaum ibu digalakkan untuk menyertai Kelas Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) dengan kerjasama daripada bahagian kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman di PI Melugu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: