Kelas E-learning – Maxis eKelas dan Digital Literacy – Check your label, E-waste & Klik Dengan Bijak

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2019 yang lalu, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu Maxis eKelas dan Digital Literacy kepada ahli-ahli ekelas. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan penyertaan pelajar menggunakan portal eKelas secara berterusan. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mendidik pelajar tentang keselamatan penggunaan internet.

Pelajar yang menyertai kelas pada kali ini diminta untuk memerhati dan mendengar arahan daripada guru melalui perbualan secara maya (live tutorial). Mereka telah diberi alatan-alatan untuk membuat latihan secara berkumpulan berdasarkan arahan daripada guru berkenaan. Tambahan pula, pelajar turut dididik dengan segmen Klik Dengan Bijak untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet khususnya pelajar supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet.

Pelajar juga digalakkan untuk memeriksa ketulenan sesebuah peranti elektronik khususnya telefon bimbit adalah selamat untuk digunakan melalui pengesahan label MCMC yang terdapat dalam peranti elektronik berkenaan. Selain itu, pelajar diterangkan mengenai peralatan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa serta menggalakkan mereka untuk menghantar sisa tersebut ke Pusat Internet Melugu supaya ia dapat dilupuskan dengan cara yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali