Bengkel Videografi

13 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Oktober 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Bengkel Videografi. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta bengkel mengenai aplikasi Filmora dan alatan yang terdapat dalam Filmora untuk menghasilkan video. Dalam bengkel ini, peserta telah diterangkan mengenai salah satu aplikasi yang digunakan untuk menghasilkan video iaitu Filmora. Mereka turut dijelaskan mengenai jenis-jenis alatan yang terdapat dalam Filmora seperti media, muzik, teks, transition dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali