Bengkel Fotografi

21 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Bengkel Fotografi. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta bengkel mengenai teori- teori dan teknik-teknik pengambilan gambar yang betul. Dalam bengkel ini, peserta diberi tugasan iaitu mengambil gambar mengikut panduan yang telah diberi.

Gambar yang telah diambil oleh mereka akan dipersembahkan untuk dibuat perbandingan perbezaan sebelum dan selepas pengajaran teori dan teknik-teknik pengambilan gambar yang betul. Teori yang diajar kepada mereka ialah mengenai camera teknik iaitu teknik-teknik pengambilan gambar mengikut jarak. Kamera teknik yang dimaksudkan adalah termasuk jarak, long shot, establishing shot, medium shot, close-up, point of view, weather shot, extreme long shot dan pelbagai lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali