Program Ceramah Advokasi Bersama Ketua Kampung & Penduduk Kampung Melugu – TR Raju Anak Domanac

22 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Disember 2019 iaitu pada sebelah petang, Pusat Internet Melugu telah mengadakan program ceramah advokasi bersama ketua kampung dan penduduk Kampung Melugu di bawah pimpinan TR Raju anak Domanac. Program ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta dengan advokasi dan memperkenalkan kelas/program yang diadakan di PI Melugu.

Para peserta telah didedahkan dengan isu-isu semasa berkaitan dengan teknologi dan komunikasi pada masa kini seperti Check your label, e-waste, Panggilan Palsu dan tidak pasti jangan kongsi. Mereka diingatkan untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online) untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sindiket dalam talian. Mereka turut diajar cara untuk memeriksa kesahihan sesebuah peranti elektronik melalui segmen Check Your Label. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan maklumat mengenai mobile e-waste iaitu cara untuk mengenalpasti peralatan eletronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali