Program Ceramah Advokasi Bersama Ketua Kampung & Penduduk Kampung Melugu

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan program ceramah advokasi bersama ketua kampung dan penduduk Kampung Melugu di bawah pimpinan ketua kampung yang terpilih untuk menyertai program pada tarikh ini. Program ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta dengan advokasi dan memperkenalkan kelas/program yang diadakan di PI Melugu.

Para peserta telah didedahkan dengan isu-isu semasa berkaitan dengan teknologi dan komunikasi pada masa kini seperti Check your label, e-waste, Panggilan Palsu dan tidak pasti jangan kongsi. Mereka diingatkan untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online) untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan sindiket dalam talian.

Mereka turut diajar cara untuk memeriksa kesahihan sesebuah peranti elektronik melalui segmen Check Your Label. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan maklumat mengenai mobile e-waste iaitu cara untuk mengenalpasti peralatan eletronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Mereka digalakkan untuk menghantar telefon bimbit yang tidak digunakan ke Pusat Internet Melugu supaya dapat dilupuskan dengan cara yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali