Kelas Advokasi – Explorace Klik Dengan Bijak
9 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 September 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Advokasi kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperdalam pengetahuan mengenai advokasi dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.
Dalam kelas ini, pelajar diterangkan mengenai terma-terma yang terdapat dalam advokasi. Mereka diminta untuk meneliti dan memahami sebelum menjawab soalan advokasi yang berbentuk pencarian perkataan (word search) dan teka silang kata (crossword puzzle).
Selain itu, para peserta kelas telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC/SKMM yang sah. Mereka dapat menyemak kesahihan label MCMC/SKMM dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Para peserta turut didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada pelupusan e-sisa yang tidak sistematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: