Kelas Microsoft Office – Powerpoint, E-learning - eKelas dan Advokasi – Interland (Be Internet Awesome)
6 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint, eKelas dan advokasi kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan Microsoft Powerpoint, mengalakkan penggunaan portal eKelas dan mendidik mereka dengan advokasi.
Pelajar yang hadir diminta untuk membuka Powerpoint di skrin komputer masing-masing. Mereka dilatih untuk menggunakan ciri-ciri yang terdapat dalam Powerpoint berdasarkan paparan di skrin putih bertajuk “Blog”. Pelajar juga telah melayari portal eKelas untuk memahami bahagian-bahagian yang terdapat dalam portal berkenaan. Mereka diterangkan bahawa setiap bahagian mempunyai ciri-ciri berbeza mengikut keperluan pelajar seperti eCikgu, perbincangan, blog, ganjaran dan lain-lain lagi. Peserta juga digalakkan untuk membuat latihan yang telah disediakan untuk menguji kefahaman mereka dalam sesebuah subjek yang terdapat dalam portal.
Pembelajaran advokasi dimulakan dengan pengenalan mengenai Interland iaitu permainan maya berupa pengembaraan yang membolehkan pelajar mempelajari tentang keselamatan digital dimana mereka memerangi penggodam dan pembuli cyber dengan memahami kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pengguna digital yang baik. Pelajar diterangkan mengenai konsep permainan dimana mereka akan dibawa menjelajah 4 buah pulau terapung iaitu Kind Kingdom, Reality River, Mindful Mountain dan Tower of Treasure yang memiliki jenis permainan dan pembelajaran internet yang berbeza.
Pelajar diminta berfikir dengan mendalam sebelum membuat keputusan yang akan menentukan kiraan markah dalam setiap peringkat permainan. Markah akan ditambah sekiranya pelajar berjaya menjawab setiap soalan dengan betul manakala markah akan ditolak jika jawapannya adalah salah. Permainan ini juga turut membantu pelajar dalam mengenal pasti maklumat yang dapat atau tidak dapat dikongsi dalam media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: