Kelas E-learning - WhatsApp Web
24 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Jun 2019 iaitu pada sebelah pagi, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning – Media sosial (WhatsApp Web). Kelas e-learning ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan aplikasi berasaskan komputer dari akaun WhatsApp yang terdapat pada telefon yang mengizinkan penggunanya menggunakan WhatsApp di perisian telefon, komputer dan laptop dengan menggunakan pelbagai Browser seperti Google Chrome, Mozilla Forefox dan web browser yang lain.
Dalam kelas ini, pelajar diterangkan cara penggunaan WhatsApp Web. Langkah pertama, mereka diminta untuk membuka browser seperti Google Chrome dan mengunjungi web.whatsapp.com. Seterusnya, mereka diminta untuk mencari setting di akaun WhatsApp dan klik kepada WhatsApp Web pada telefon seterusnya mengimbas (scan) QR code yang terdapat di skrin komputer atau laptop menggunakan telefon bimbit.
Langkah seterusnya, pelajar diajar cara untuk memuat turun gambar atau video yang terdapat dalam WhatsApp dan menyimpannya dalam folder atas nama masing-masing di komputer atau laptop. Pelajar diingatkan untuk log keluar dari WhatsApp Web sebelum menutup browser yang digunakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: