Kelas E-learning - eKelas dan Advokasi – Check Your Label, E-waste, Online Grooming & Interland ( Googe Be Internet Awesome)
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas E-learning iaitu eKelas, dan advokasi kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan portal eKelas dan mendidik pelajar tentang keselamatan penggunaan internet.
Pelajar melayari portal eKelas untuk mengulangkaji tentang subjek-subjek yang dipelajari di sekolah. Mereka digalakkan untuk mengakses setiap bahagian yang terdapat dalam portal untuk memantapkan pemahaman mereka mengenai penggunaan portal ini seperti laman utama eKelas, nota, eCikgu, perbincangan, blog, ganjaran dan lain-lain lagi. Peserta juga digalakkan untuk membaca nota dan membuat latihan yang telah disediakan untuk menguji kefahaman mereka dalam sesebuah subjek yang terdapat dalam portal.
Selain itu, para peserta kelas telah diterangkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Para peserta turut didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada pelupusan e-sisa yang tidak sistematik. Peserta turut dididik dengan slide mengenai online grooming untuk memberi kesedaran kepada mereka agar berwaspada ketika menggunakan internet terutamanya berhubung dengan rakan yang tidak dikenali di dunia maya.
Mereka juga diterangkan mengenai permainan berupa pendidikan tentang keselamatan penggunaan internet iaitu Interland. Permainan ini merupakan permainan maya berbentuk pengembaraan yang membolehkan pelajar mempelajari tentang keselamatan digital dimana mereka memerangi penggodam dan pembuli cyber dengan memahami kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pengguna digital yang baik dan berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: