Kelas E-learning - Uptoten games & Advokasi
25 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu uptoten games.Dalam kelas ini, pelajar diminta untuk membuka laman web uptoten games. Laman web ini dikhaskan untuk pembelajaran pelajar di peringkat tadika dan sekolah rendah. Laman web ini sesuai untuk dilayari oleh pelajar tadika dan sekolah rendah kerana terdapat pelbagai bentuk permainan yang dapat merangsang minda pelajar seperti puzzle, lagu kanak-kanak, mewarna gambar, memadankan gambar, mencari perbezaan antara 2 gambar , dan lain-lain lagi yang menyeronokkan peserta.
Dalam kelas ini juga para peserta telah didedahkan dengan check your label, e-waste & klik dengan bijak. Mereka digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: