Pertandingan Kuiz Kemerdekaan, Mumia Tokoh Kepimpinan, Deklamasi Sajak Kemerdekaan Dan Advokasi

18 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan aktiviti sempena bulan kemerdekaan iaitu pertandingan bagi kuiz kemerdekaan, mumia tokoh kepimpinan dan deklamasi sajak kemerdekaan. Quiz ini diadakan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar mengenai kemerdekaan. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang demi negara.

Pertandingan deklamasi sajak pula dapat mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan pelajar. Pelajar turut dididik dengan segmen Klik Dengan Bijak untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet khususnya pelajar supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Pendidikan melalui segmen Klik Dengan Bijak juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali