Check Your Label, e-Waste & KDB Mesyuarat Pasca Program Hari Terbuka Pusat Internet Melugu 2018

27 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Dalam mesyuarat ini, para ketua kampung telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.

Dalam segmen Klik Dengan Bijak iaitu Online Grooming. Online grooming adalah berkenaan dengan maksud dan tujuan online grooming serta panduan kepada ibu bapa/penjaga terhadap tingkahlaku anak-anak mereka. Pada masa yang sama, mesyuarat AJK selepas berlangsungnya Program Hari Terbuka Pusat Internet Melugu turut diadakan yang bertujuan untuk menerangkan kepada mereka perbelanjaan yang telah digunakan semasa Program Hari Terbuka dan perbelanjaan yang masih berbaki. Para ketua kampung juga diminta untuk menyuarakan pendapat mereka untuk penambahbaikan dalam program yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali