Kelas Keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) Bersama Jabatan Kemas Sri Aman & Advokasi - Membuat Bantal Hiasan 3
23 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) bersama staff dari Jabatan Kemas Sri Aman dengan menjemput kaum ibu-ibu yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah seperti menjahit bucu kain untuk menyambung mula dan hujung kain, memasukkan fiber ke dalam kain yang telah siap disambung dan menjahit butang hiasan di tengah bantal hiasan.
Selain itu, peserta turut diberi pendedahan mengenai program advokasi seperti Klik Dengan Bijak, e-waste dan Check Your Label. Peserta yang hadir telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai cara pelupusan e-sisa yang betul dan berhemah tanpa membahayakan alam sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: