Kelas E-commerce – Online Shop & Advokasi

25 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-commerce iaitu online shop dan advokasi. Dalam kelas ini, peserta telah diterangkan tentang maksud dan cara-cara beli-belah secara online, perbezaan antara online dan membeli di pusat beli-belah serta kepentingan untuk mengetahui barangan yang selamat untuk dibeli secara dalam talian (online).

Peserta juga telah didedahkan dengan laman web yang menawarkan pembelian barangan dalam talian dengan cara yang mudah dan selamat. Selain itu, para peserta telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan.

Dalam segmen e-waste (e-sisa) pula, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada e-sisa yang tidak berhemah. Mereka turut diberitahu cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul dan digalakkan untuk menghantar e-sisa ke Pusat Internet supaya dapat dilupuskan dengan cara yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali