Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan Dan Advokasi

20 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan pertandingan mewarna poster kemerdekaan dan advokasi. Pelajar diajar cara memuat turun poster kemerdekaan dan menggunakan aplikasi Paint yang terdapat dalam setiap komputer dalam Bilik Latihan PI Melugu untuk mewarnakan poster tersebut. Peserta diberi masa selama 30 minit untuk mewarnakan poster kemerdekaan.

Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan segmen Klik Dengan Bijak yang dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Pendidikan melalui segmen Klik Dengan Bijak juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali