Check Your Label, E-waste & Klik Dengan Bijak Mesyuarat AJK sempena Hari Terbuka Pusat Internet Melugu 2018

13 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Dalam mesyuarat ini, para ketua kampung telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Mereka juga telah didedahkan untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah. Para ketua kampung turut digalakkan untuk menghantar peralatan elektronik yang tidak digunakan lagi ke PI Melugu serta menyebarkannya kepada komuniti setempat.

Dalam segmen Klik Dengan Bijak iaitu perisian kawalan ibu bapa, para peserta telah didedahkan dengan pengawasan anak-anak di internet dan risiko internet terhadap kanak-kanak. Mereka turut didedahkan dengan perisian kawalan yang memudahkan para ibubapa memantau aktiviti internet anak-anak mereka samaada secara berbayar atau percuma.

Pada masa yang sama, mesyuarat AJK sempena Hari Terbuka Pusat Internet Melugu turut diadakan yang melibatkan seramai 14 orang ketua-ketua kampung. Mesyuarat ini bertujuan untuk meminta kerjasama para ketua kampung untuk memastikan kelancaran Program Hari Terbuka yang akan diadakan pada 19 Mei 2018. Pembahagian tugas turut diadakan semasa Program Hari Terbuka PI Melugu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali