Kelas Microsoft Office (Words)
06 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 5 Februari 2018, seorang pelajar lepasan SPM 2017 telah datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu mengambil peluang untuk belajar ICT. Pada tarikh tersebut, beliau telah belajar untuk membuat surat rasmi memohon pekerjaan dengan menggunakan Microsoft Office – Words. Selain itu, beliau turut diperkenalkan dengan segmen Check Your Label dimana beliau diajar untuk mengenalpasti peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan.
Beliau juga digalakkan untuk menghantar telefon yang tidak digunakan ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan menyebarkannya kepada rakan-rakan beliau. Selain itu, pengetahuan mengenai cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul turut diperjelaskan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: