Kelas Microsoft Office (Words) & Advokasi
20 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2018, seorang pelajar lepasan SPM 2017 telah datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu mengambil peluang untuk belajar ICT. Pada tarikh tersebut, beliau telah menduduki ujian untuk mengenalpasti kemajuan dan prestasi dalam penggunaan Microsoft Office – Words yang telah dipelajari sepanjang pembelajaran selama ini.
Selain itu, beliau turut diperkenalkan dengan segmen Check Your Label dimana beliau diajar untuk mengenalpasti peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Beliau juga digalakkan untuk menghantar telefon yang tidak digunakan ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan menyebarkannya kepada rakan-rakan beliau. Selain itu, pengetahuan mengenai cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul turut diperjelaskan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: