Kelas E-learning - WhatsApp Web

08 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu WhatsApp Web. Kelas e-learning ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai aplikasi WhatsApp Web yang terdapat dalam telefon bimbit mereka dan mengajar cara menggunakan WhatsApp Web dalam komputer atau laptop. Dalam kelas ini, pelajar diberitahu bahawa aplikasi WhatsApp Web dapat diakses menggunakan browser seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan lain-lain lagi. Mereka juga diterangkan bahawa aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbit harus diaktifkan sebelum menggunakan WhatsApp Web.

Pelajar turut diminta untuk mengimbas (scan) QR code yang terdapat dalam WhatsApp Web untuk memudahkan sambungan whatsapp dari telefon masing-masing. Pelajar diajar cara untuk memuat turun gambar atau video yang terdapat dalam whatsapp dan menyimpannya dalam folder atas nama masing-masing di komputer atau laptop. Pelajar diingatkan untuk log keluar dari WhatsApp Web sebelum menutup browser yang digunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali