Kelas Website – Blog & Advokasi
10 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2018, seorang pelajar lepasan SPM 2017 telah hadir ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu untuk belajar menulis blog. Pada tarikh tersebut, beliau telah belajar cara memasukkan elemen gambar dan menaip keterangan mengenai gambar berkenaan di dalam blog yang telah dicipta. Selain itu, beliau turut dijelaskan mengenai segmen Check Your Label dimana beliau diajar untuk mengenalpasti peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Beliau juga digalakkan untuk menghantar telefon yang tidak digunakan ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan menyebarkannya kepada rakan-rakan beliau. Selain itu, pengetahuan mengenai cara-cara pengurusan e-sisa dengan betul turut diperjelaskan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: