Kelas Website – Social Media & Advokasi
24 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 Jun 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas website iaitu social media dan advokasi. Dalam kelas ini,mereka telah diajar dan belajar tentang maksud dan bentuk media sosial yang kerap digunakan pada masa kini seperti blog, Facebook, whatsapp, Instagram dan twitter. Mereka turut diterangkan dengan cara-cara untuk melayari media sosial dengan cara yang selamat melalui kelas klik dengan bijak.
Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan dan selamat untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Dalam segmen e-waste (e-sisa) pula, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada e-sisa yang tidak berhemah. Mereka turut digalakkan untuk menghantar e-sisa ke Pusat Internet supaya ia dapat dilupuskan dengan cara yang lebih selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: