Kelas Microsoft Office – Powerpoint & Advokasi
24 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2018, seorang pelajar lepasan SPM 2017 telah datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu untuk menduduki ujian Microsoft Office – Powerpoint untuk kali ke-2 pada waktu tengahari. PI Melugu juga telah mengadakan kelas Microsoft Office – Powerpoint dan advokasi. Peserta diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Powerpoint 2016. Mereka digalakkan untuk menaip biodata diri sebagai latihan ulangkaji kepada latihan yang telah dibuat sebelum ini dan juga untuk membiasakan mereka dengan penggunaan Microsoft Office Powerpoint dalam membuat pembentangan.
Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: