Kelas Microsoft Office (Powerpoint) & Advokasi
22 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2018, seorang pelajar lepasan SPM 2017 telah datang ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu mengambil peluang untuk belajar ICT. Pada tarikh tersebut, beliau telah menduduki ujian untuk mengenalpasti kemajuan pembelajaran beliau selama ini dalam penggunaan Microsoft Office Powerpoint.
Selain itu, beliau turut diperkenalkan dengan segmen Check Your Label dimana beliau diajar untuk mengenalpasti peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Beliau juga digalakkan untuk menghantar telefon yang tidak digunakan ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan menyebarkannya kepada rakan-rakan beliau. Selain itu, pengetahuan mengenai cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul turut diperjelaskan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: