Kelas PC Hardware – PC Parts & components & Advokasi
24 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mac 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas PC Hardware iaitu PC parts & components dan advokasi. Peserta didedahkan kepada komponen-komponen komputer dan fungsinya seperti monitor, skrin komputer, tetikus dan papan kekunci. Dalam kelas ini juga para peserta telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan.
Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: