Kelas Multimedia - Grafik & Advokasi
23 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu grafik dan advokasi. Kelas grafik ini menggunakan laman web yang dikenali sebagai Canva.com yang dikhususkan untuk membuat logo samada untuk persembahan, pengiklanan, cover Facebook, poster, jemputan dan lain-lain lagi. Peserta dapat mempelajari pelbagai jenis teknik persembahan yang dapat membuat poster menjadi lebih menarik.
Selain itu, para peserta telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Dalam segmen e-waste (e-sisa) pula, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada e-sisa yang tidak berhemah. Mereka turut digalakkan untuk menghantar e-sisa ke Pusat Internet supaya ia dapat dilupuskan dengan cara yang lebih selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: