Program Keluarga Sejahtera di Tabika Kemas Siga, Jalan Paip, Sri Aman
02 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2018 (Khamis) yang lalu, Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah dijemput oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman sebagai penceramah bagi Program Keluarga Sejahtera. Program tersebut berlangsung di Tabika Kemas Siga,Jalan Paip Sri Aman dari jam 0200 hingga 0500 petang dengan kehadiran seramai kira-kira 100 orang tetamu jemputan termasuk ketua-ketua kampung, JKKK kampung, pegawai bomba,staff dari Jabatan Kemas Sri Aman serta ibu bapa di sekitar kawasan berkenaan.
Program Keluarga Sejahtera ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan sasaran mempelajari ilmu yang berkaitan dengan kesejahteraan keluarga. Selain daripada itu, tujuan yang lain adalah untuk melahirkan modal insan dengan ilmu kesihatan, pendidikan dan ekonomi. Program ini dimulai dengan sesi ceramah keselamatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman yang disampaikan oleh Encik Jilin anak Itar, Pegawai Kanan Bomba II. Ceramah beliau adalah berkenaan Emergency Response Team (ERT).
Beliau menjelaskan mengenai pendekatan pasukan ERT, pengurusan pasukan dan peranan ERT kepada komuniti. Beliau turut menjelaskan cara penggunaan pemadam api yang betul kepada para hadirin. Selain itu, Pengurus PI Melugu telah menyampaikan ceramah berkenaan dengan advokasi iaitu Online Grooming dan tayangan video Rage.com.my. Ceramah ini berkenaan dengan maksud dan tujuan online grooming serta panduan kepada ibu bapa/penjaga terhadap tingkahlaku anak-anak mereka. Ceramah seterusnya disampaikan oleh En. Kelvin Lambai, iaitu Penyelia PIKOM, KEMAS Sri Aman.
Ceramah beliau adalah berkenaan dengan peranan JKKK di sesebuah kampung atau rumah panjang. Beliau menggalakkan setiap ketua kampung/tuai rumah untuk mengemaskini profil kampung setiap tahun. Profil kampung tersebut mengandungi aspek kepimpinan, pemerkasaan belia, pembangunan infranstruktur, teknologi maklumat, pertanian, program kemerdekaan pada bulan Ogos, kesihatan (KOSPEN) dan pendidikan. Aktiviti lain yang turut diadakan adalah seperti pendaftaran pengundi baru, demostrasi masakan dan jamuan ringan yang telah disediakan oleh kakitangan-kakitangan Jabatan Kemas Sri Aman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: