Basis ICT – Introduction to Windows, Check Your Label, E-waste & Klik Dengan Bijak

09 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Jun 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Basic ICT iaitu Introduction to Windows, Check Your Label, E-waste dan Klik dengan Bijak. Dalam kelas basic ICT, para peserta telah diajar cara untuk mengenalpasti Windows yang sering digunakan dalam komputer atau laptop seperti Windows 7, Windows 8 dan Windows 10 serta perbezaannya. Mereka digalakkan untuk membuka gambar berkaitan dengan Windows supaya lebih memahami pembelajaran yang disampaikan.

Dalam segmen Check Your Label, peserta digalakkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan serta melalui label MCMC pada peralatan elektronik mereka.

Mereka juga telah diajar untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Mereka digalakkan untuk menghantar peralatan elektronik yang tidak digunakan lagi ke Pusat Internet Melugu supaya peralatan tersebut dapat dilupuskan dengan cara yang lebih selamat. Peserta digalakkan untuk melayari youtube dan membuka video berkaitan dengan e-sisa supaya mereka lebih memahami pembelajaran yang disampaikan.

Dalam segmen Klik Dengan Bijak, peserta ditekankan tentang maksud klik dengan bijak dimana mereka didedahkan dengan isu-isu semasa yang terjadi pada masa kini dan cara untuk melayari maklumat secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali