Program Melugu Edu Run 1.0

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018, staff dari Pusat Internet Melugu telah dijemput untuk menyertai program Melugu Edu Run 1.0 dan ditaja oleh YB Datuk Mong anak Dagang yang dianjurkan oleh SMK Melugu. Program ini disertai oleh pelajar sekolah, guru-guru, ketua-ketua kampung, belia dan ibu bapa dari sekitar kawasan Sri Aman. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi pihak sekolah dan menggalakkan serta memberi motivasi kepada semua golongan untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal melalui senaman tanpa mengira peringkat umur.

Program Melugu Edu Run 1.0 dimulai pada pukul 5.30 pagi dengan kedatangan para guru, petugas-petugas larian dan para peserta larian. Sesi memanaskan badan dimulai pada pukul 6.15 pagi dan program larian sejauh 5km dijalankan selepas sesi memanaskan badan. Sepanjang larian ini, para peserta disajikan dengan pemandangan kampung yang indah dan menikmati udara bersih pada awal pagi. Selain itu, peserta juga dapat merasai pengalaman berlari di kawasan kampung yang berbukit-bukau.

Peserta yang telah menamatkan larian diberi pingat dan dibekalkan dengan makanan ringan yang dapat memulihkan tenaga mereka. Ucapan aluan dimulakan pada pukul 8.00 pagi oleh YDP PIBG SMK Melugu iaitu Encik Jimmy Uding dan diikuti ucapan perasmian oleh YB Datuk Mong anak Dagang, ADUN N31 Bukit Begunan. Program ini diserikan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah dalam kalangan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali