Kelas Keusahawanan – Cara Untuk Menjadi Ejen Dropship Produk Firmax3

02 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 September 2018, Pusat Internet Melugu dengan kerjasama Firmax3 dari bahagian Kuching telah mengadakan kelas keusahawanan bertempat di bilik latihan PI Melugu. Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan produk Firmax3 dalam kalangan masyarakat setempat dan mengajar peserta tentang cara penggunaan produk Firmax3 yang betul dan berkesan. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memberitahu cara untuk menjadi ejen dropship produk Firmax3 bagi sesiapa yang berminat.

Kelas ini dimulai dengan penerangan ringkas mengenai sejarah produk Firmax3 dan bahan-bahan alami (herba) yang terdapat dalam produk berkenaan. Ejen Firmax3 turut menerangkan bahawa pemprosesan ramuan semulajadi dalam produk ini adalah menggunakan teknologi nano yang dapat meresap dengan cepat ke dalam pembuluh darah untuk mengatasi masalah kecantikan. Beliau turut menerangkan cara-cara untuk menjadi ejen dropship bagi produk Firmax3 yang dapat menjana pendapatan sampingan. Di samping itu, beliau turut membuat demontrasi tentang penggunaan produk Firmax3 yang berkesan kepada peserta yang menghadiri kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali