Kelas Kecantikan Bersama Konsultan Mary Kay
04 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mac 2018 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dengan kerjasama konsultan Mary Kay bahagian Kuching telah mengadakan kelas kecantikan bertempat di bilik latihan PI Melugu. Program tersebut berlangsung dari jam 0100 hingga 0500 petang dengan kehadiran seramai kira-kira 15 orang kaum ibu, pelajar serta 3 orang konsultan Mary Kay.
Kelas kecantikan ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan produk kecantikan Mary Kay dalam kalangan wanita dan masyarakat. Selain itu, kelas kecantikan ini juga bertujuan untuk mengajar para wanita untuk menggunakan produk kecantikan dengan cara yang betul. Kelas ini dimulai dengan penerangan ringkas mengenai sejarah produk Mary Kay iaitu siapa pengasas produk, tahun produk dikeluarkan, tujuan ia ditubuhkan dan slogan produk Mary Kay oleh konsultan Mary Kay.
Selain itu, konsultan Mary Kay juga menyatakan bahawa setiap produk akan melalui proses Research & Development (R&D) selama 8 tahun sebelum dipasarkan kepada pengguna untuk menjamin kualiti produk. Konsultan Mary Kay telah memperkenalkan produk asas iaitu Mary Kay Botanical Effect yang terdiri daripada cleanser, toner, moisturiser dan freshen untuk pengguna yang baru menggunakan produk tersebut. Mereka juga telah mengajar peserta langkah demi langkah tentang cara untuk mencuci muka dan menggunakan produk kecantikan dengan betul.
Konsultan Mary Kay juga mengajar para peserta mengenai cara untuk menggunakan mekap yang terdiri daripada liquid primer, Foundation, warna eyeshadow untuk kegunaan pada waktu siang dan malam, blusher dan semburan finishing fresh supaya mekap tahan lebih lama. 2 orang peserta daripada kaum ibu dan seorang pelajar telah terpilih untuk menjadi model agar konsultan Mary Kay dapat membuat demostrasi penggunaan mekap kepada peserta yang lain. Di samping itu, hadiah berupa barangan mekap turut diberi kepada peserta yang dapat menjawab soalan yang dimukakan oleh konsultan Mary Kay dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: