Jemputan sebagai Penceramah bagi Bengkel Keluarga Sejahtera di Rumah Panjang Christopher anak Ambu,Aping Dadak, Sri Aman
16 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2018 (Khamis) yang lalu, Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah dijemput sebagai penceramah bagi Bengkel Keluarga Sejahtera anjuran daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman. Program tersebut berlangsung di Rumah panjang Christopher anak Ambu, Aping Dadak, Sri Aman bermula jam 0200 hingga 0500 petang dengan kehadiran seramai kira-kira 100 orang tetamu jemputan termasuk ketua-ketua kampung, JKKK kampung, pegawai bomba,staff dari Jabatan Kemas Sri Aman serta ibu bapa di sekitar kawasan berkenaan.
Program Keluarga Sejahtera ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan sasaran mempelajari ilmu yang berkaitan dengan kesejahteraan keluarga. Selain daripada itu, tujuan yang lain adalah untuk melahirkan modal insan dengan ilmu kesihatan, pendidikan dan ekonomi. Program ini dimulai dengan sesi ceramah keselamatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman yang disampaikan oleh Encik Jilin anak Itar, Pegawai Kanan Bomba II. Ceramah beliau adalah berkenaan dengan cara untuk mengelakkan kebakaran di kawasan rumah panjang.Beliau juga menerangkan perkara yang patut dilakukan sebelum semasa dan selepas kebakaran.Beliau turut menjelaskan cara penggunaan pemadam api yang betul kepada para hadirin.
Selain itu, beliau juga menayangkan video tentang kebakaran yang telah berlaku di sesebuah rumah panjang pada tahun-tahun yang lepas dan terkini. Di samping itu, Pengurus PI Melugu telah menyampaikan ceramah berkenaan dengan advokasi iaitu Online Grooming dan tayangan video Kayleigh’s Love Story. Ceramah ini berkenaan dengan maksud dan tujuan online grooming,taktik pemangsa ,panduan kepada ibu bapa/penjaga serta simptom awal anak-anak yang mengalami gejala ini yang perlu ibu bapa ketahui.
Ceramah seterusnya disampaikan oleh En. Kelvin Lambai, iaitu Penyelia PIKOM, KEMAS Sri Aman. Ceramah beliau adalah berkenaan dengan peranan JKKK di sesebuah kampung atau rumah panjang. Beliau menggalakkan setiap ketua kampung/tuai rumah untuk mengemaskini profil kampung setiap tahun. Profil kampung tersebut mengandungi aspek kepimpinan, pemerkasaan belia, pembangunan infrastruktur, teknologi maklumat, pertanian, program kemerdekaan pada bulan Ogos, kesihatan (KOSPEN) dan pendidikan.
Beliau turut menunjukkan contoh profil kampung yang telah diisi oleh Rumah Along anak Kang dari Kampung Entebar, Batu Lintang Undop Sri Aman sebagai panduan kepada JKKK Rumah Christopher. Aktiviti lain yang turut diadakan adalah seperti pendaftaran pengundi baru, demostrasi masakan dan jamuan ringan yang telah disediakan oleh kakitangan-kakitangan KEMAS Sri Aman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: