Kelas Keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) Bersama Jabatan Kemas Sri Aman - Membuat Bantal Bermanik 2
01 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 31 Julai 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) bersama staff dari Jabatan Kemas Sri Aman dengan menjemput kaum ibu-ibu yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah seperti menyelarikan kain satin dengan menggunting tepi kain, menggaris kain menggunakan pensil dan membuat petak pada kain satin, menggunting kain mengikut petak yang telah digaris dan menjahit setiap bucu garisan serta memasukkan manik di tengah-tengah bucu berkenaan. Staff dari Jabatan Kemas juga menerangkan cara untuk memasukkan fiber atau kekabu ke dalam kain yang telah siap dijahit untuk membentuk bantal bermanik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: