Kelas Keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (Pkj) Bersama Jabatan Kemas Sri Aman - Membuat Bantal Bermanik 3

15 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) bersama staff dari Jabatan Kemas Sri Aman dengan menjemput kaum ibu-ibu yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah seperti menjahit mula dan hujung bahagian kain untuk membentuk bulatan, memasukkan fiber/kekabu ke dalam bantal dan menjahit sisi kain untuk mengekalkan bentuk bantal bermanik. Akhir sekali, staff dari Jabatan Kemas membantu para peserta untuk menjahit butang di bahagian tengah bantal sebagai kemasan akhir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali