Nyanyian Lagu Patriotik, Laungan Kemerdekaan, Tayangan Video Kemerdekaan Dan Advokasi

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan aktiviti sempena bulan kemerdekaan iaitu nyanyian lagu patriotik, laungan kemerdekaan, tayangan video kemerdekaan dan advokasi .Tujuan aktiviti kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menggalakkan pelajar menghayati makna lagu kemerdekaan, membangkitkan semangat patriotik dan supaya mereka mengetahui,memahami dan mengingati sejarah kemerdekaan.

Selain itu, pelajar turut dididik dengan segmen Klik Dengan Bijak untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet khususnya pelajar supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet. Pelajar juga digalakkan untuk memeriksa ketulenan sesebuah peranti elektronik khususnya telefon bimbit adalah selamat untuk digunakan melalui pengesahan label MCMC yang terdapat dalam peranti elektronik berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali