Kelas Softskill – The Face Model, Digital Literacy - Check Your Label & Klik Dengan Bijak
8 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Oktober 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas softskill iaitu The Face Model dengan kerjasama dari En. Gilligivray Augustine anak Tawau yang mempunyai kelulusan dalam Diploma of Bridal Makeup dari VK Academy. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik para peserta tentang kepentingan penggunaan solekan yang betul dan mendedahkan peserta tentang jenis-jenis solekan yang sesuai digunakan mengikut bentuk muka dan warna kulit peserta. En. Gilligivray menerangkan bahawa penggunaan teknik solekan yang betul dapat menonjolkan kecantikan diri pengguna. Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat pelbagai jenis berus yang digunakan untuk teknik solekan yang berbeza seperti foundation, countour, blush, highlight dan powder. Setelah itu, En. Gilligivray telah meminta salah seorang peserta untuk menjadi model supaya beliau dapat menunjukkan teknik-teknik asas solekan bagi memudahkan peserta memahami maklumat yang disampaikan.
Di samping itu, peserta yang menghadiri kelas ini juga didedahkan dengan Check Your Label dimana peserta digalakkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan serta melalui label MCMC pada peralatan elektronik mereka.
Dalam segmen Klik Dengan Bijak, peserta ditekankan tentang maksud klik dengan bijak dimana mereka didedahkan dengan isu-isu semasa yang terjadi pada masa kini dan cara untuk melayari maklumat secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: