Kelas Keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) Bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman – Menghias Tudung Saji 2 dan Digital Literacy – Online Grooming
7 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 6 November 2018 (Selasa) , Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) bersama staff dari bahagian kemahiran KEMAS Sri Aman dengan menjemput kaum ibu-ibu yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran kraftangan dalam kalangan ibu-ibu dan juga menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang diadakan.
Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah membentuk corak yang baru pada tudung saji sebagai kesinambungan daripada kelas yang telah dijalankan pada masa lepas. Selain itu, staff Kemas juga menunjukkan contoh-contoh corak yang telah disiapkannya bagi menarik minat peserta untuk membentuk corak yang lebih menarik pada tudung saji mereka dan seterusnya menjual tudung saji tersebut kepada pihak yang berminat.
Peserta kelas juga didedahkan dengan digital literacy iaitu online grooming. Online grooming adalah berkenaan dengan maksud dan tujuan online grooming, taktik pemangsa ,panduan kepada ibu bapa/penjaga serta simptom awal anak-anak yang mengalami gejala ini yang perlu ibu bapa ketahui.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: