Kelas Microsoft Office – Words dan Digital Literacy – Check Your Label & Klik Dengan Bijak
1 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 30 November 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words dan Digital Literacy kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran ICT dalam kalangan peserta dan mendedahkan mereka dengan advokasi.
Peserta yang hadir telah diminta untuk membuka Word di menu Start di skrin komputer. Kemudian, mereka diterangkan mengenai alatan-alatan dan fungsi setiap alatan yang terdapat dalam Microsoft Office Words. Alatan-alatan ini melibatkan bar menu, bar alatan standard, bar pemformatan, pembaris dan kawasan teks. Setiap alatan ini mengandungi fungsi yang berbeza mengikut kesesuaian pengguna Microsoft Office Words. Peserta turut diminta untuk membuat sedikit latihan untuk menguji pemahaman mereka dalam penggunaan Microsoft Office Words.
Selain itu, peserta juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Program KDB dapat mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta untuk menggalakkan masyarakat berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian. Peserta turut diuji dengan pemahaman mereka mengenai Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: