Kelas Microsoft Office – Words, E-learning –eKelas, Uptoten dan Digital Literacy – Google Be Internet Awesome
4 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 3 Disember 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Words, eKelas, Uptoten dan Google Be Internet Awesome kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan Microsoft Office, mengalakkan penyertaan pelajar untuk menggunakan portal eKelas, serta bermain permainan berbentuk pendidikan dan keselamatan internet.
Salah seorang peserta yang hadir telah diminta untuk membuka Words di menu Start di skrin komputer. Kemudian, beliau diminta untuk membentuk kotak (table) dalam Microsoft Words dan memasukkan elemen-elemen ke dalam kotak tersebut mengikut buku panduan sebagai latihan. Peserta yang lain pula membuka dan melayari portal eKelas sebagai persediaan memahami subjek yang akan diambil pada tahun hadapan. Mereka turut membuat latihan berbentuk kuiz yang telah disediakan terutama subjek Matematik yang memerlukan daya pengiraan yang tepat.
Selain itu, peserta juga digalakkan untuk membuka laman web Uptoten iaitu sebuah permainan berbentuk pendidikan melalui pelbagai jenis permainan yang dapat menguji minda para peserta. Peserta dapat mengetahui kepentingan untuk menyimpan maklumat peribadi serta data yang dapat dikongsi dan tidak dapat dikongsi melalui permainan Interland, iaitu sebuah permainan yang mendidik peserta mengenai keselamatan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: