Kelas Softskill – Kelas Asas Solekan dan Digital Literacy - Check Your Label, Klik Dengan Bijak & Online Grooming
22 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas softskill iaitu Kelas Asas Solekan dengan kerjasama dari En. Gilligivray Augustine anak Tawau yang mempunyai kelulusan dalam Diploma of Bridal Makeup dari VK Academy. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan ilmu solekan dalam kalangan peserta dan mendidik peserta tentang solekan asas. Kelas ini dimulai dengan sesi pengenalan mengenai solekan dan tujuan solekan digunakan iaitu untuk memberi kesempurnaan / kecantikan kepada seseorang. En. Gilligivray menerangkan mengenai senarai alatan yang digunakan untuk solekan asas seperti foundation, bedak, peralatan solekan mata, blush on dan lipstick. Beliau turut menggalakkan penyertaan peserta dalam sesi kuiz untuk menguji pemahaman peserta tentang maklumat yang telah disampaikan. Selain itu, beliau turut meminta peserta untuk mengenakan solekan asas terhadap diri mereka menggunakan peralatan solekan yang dibawa sendiri oleh para peserta.
Di samping itu, peserta yang menghadiri kelas ini juga didedahkan dengan Check Your Label dimana peserta digalakkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan serta melalui label MCMC pada peralatan elektronik mereka.
Dalam segmen Klik Dengan Bijak, peserta ditekankan tentang maksud klik dengan bijak dimana mereka didedahkan dengan isu-isu semasa yang terjadi pada masa kini dan cara untuk melayari maklumat secara berhemah. Mereka juga didedahkan dengan maksud online grooming dan cara mengelakkan diri menjadi mangsa online grooming di media sosial. Kelas ini diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: