Kelas Microsoft Office – Publisher & Advokasi
22 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Publisher Dan Advokasi. Dalam kelas ini, pelajar diterangkan dengan fungsi-fungsi dan kegunaan Microsoft Office Publisher dalam penerbitan seperti kad ucapan, majalah, brosur, calendar dan poster. Pelajar turut diterangkan tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Office Publisher untuk memudahkan mereka membuat kad ucapan mengikut kekreatifan masing-masing. Selain itu, pelajar diajar langkah demi langkah untuk membuat kad ucapan khususnya kad ucapan Selamat Hari Lahir kepada rakan-rakan mereka.
Tambahan pula, pelajar turut dididik dengan segmen Klik Dengan Bijak untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet khususnya pelajar supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet. Pelajar juga digalakkan untuk memeriksa ketulenan sesebuah peranti elektronik khususnya telefon bimbit adalah selamat untuk digunakan melalui pengesahan label MCMC yang terdapat dalam peranti elektronik berkenaan. Selain itu, pelajar diterangkan mengenai peralatan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa serta menggalakkan mereka untuk menghantar sisa tersebut ke Pusat Internet Melugu supaya ia dapat dilupuskan dengan cara yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: